Wednesday, October 31, 2018

Pegawai Polis & Penjara Bertumbuk

Jgn lupa tgk TV3 jam 8:30 malam hari ni 01/11/2018

Kejadian di depan Kedai Emas Taipan Senawang.

Seorang Pegawai Polis Berpangkat Inspektor betumbuk dengan Seorang Pegawai Penjara.

Hanya gara2 cermin sisi kereta mereka saling bergesel…!!

Keduanya Berpakaian Seragam lengkap.

Bermula dgn pertengkaran mulut kemudian keadaan menjadi semakin panas sehingga masing2 bersiap mencabut senjata.

Tetapi nasib baik sebelum terjadi tembak-menembak, seorang pakcik guard kedai Emas dengan berani mengambil tindakan, demi menyelamatkannya nyawa mereka berdua dan orang2 sekeliling dari terkena peluru sesat.
Pakcik guard meleraikan pertelingkahan tersebut.

Akibat masih terlihatkan Pegawai Polis dan Pegawai penjara tersebut tetap bertekak, akhirnya pakcik guard tersebut tidak dapat menahan emosi dan secara berani menampar kedua2 lelaki yg bergaduh tersebut.

Akhirnya keduanya yg bergaduh terdiam dan masing2 pergi meninggalkan tempat kejadian.

Wartawan TV3 yang berada di tempat kejadian langsung mewawancara pakcik guard itu yang telah dikelilingi orangramai di sekitar kedai emas tersebut dan menanyakan keberaniannya menampar Pegawai Polis dan Pegawai Penjara berpangkat tinggi.

Dengan tenang pakcik guard tu jawab:

"Mereka berdua itu anak saya, dari kecil lagi kalau tidak ditampar tidak mau dorang berhenti Begaduh….!!!!!!"

Serius betullah  membaca.. 😀😀😀

No comments:

Post a Comment