Sunday, March 31, 2019

Pentingnya Bontot

Pada zaman dahuluuuuu.. 🤣🤣

Seluruh anggota di tubuh badan kita mesyuarat. Tujuannya ialah nak pilih siapa yg patut jadi ketua.hehe serta anggota badan mana yg paling penting sekali. 

Mata kata dia paling penting, mulut kata dia paling penting, otak kata dia patut jadi ketua, perut pun nak jadi ketua, jantung pun cakap begitu, paru-paru pun cakap macam itu.. SEMUA anggota tubuh badan kata, merekalah yg paling penting dan nak jadi ketua.. 
Kikikiki

Tiba-tiba, si BONTOT (punggung) bagi cadangan dan dia cakap yg sebenarnya BONTOTlah patut jadi ketua sebab lubang BONTOT adalah bahagian yg paling penting pada manusia. Semua anggota tubuh badan yg lain gelak besar pada dia! *Kah kah kah kah*!

BONTOT pun geram, dia merajuk.. dia tutup lubang BONTOT dan taknak berak berhari-hari. Apa yg jadi lepas itu? Mata jadi merah, mulut tak boleh cakap, perut sakit sangat, otak tak boleh fikir, jantung bergerak laju, paru-paru susah nak nafas, dan seluruh badan jadi keras kejung terus tak berfungsi! Iyalah.. kalau dah menahan berak berhari-hari, korang bayangkan sendirilah keadaannya.
KAHKAHKAH🤣🤣🤣 

Pengajaran= Jangan pandang hina orang yg pangkat rendah atau yg dibawah kita, sebab kita tak tahu apa dia mampu buat dan siapa dia di masa depan